fbpx

LKIM bakal laksana projek akuakultur atas tanah terbiar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk Kampung Kuala Juru ketika mengadakan bantahan projek ternakan udang, semalam.

SEBERANG PERAI – Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan melaksanakan projek akuakultur di atas tanah yang sepatutnya dijadikan penempatan perumahan nelayan di Kampung Kuala Juru.

Pengerusinya, Muhammad Faiz Fadzil berkata, projek perumahan itu belum mendapat kelulusan menyebabkan tanah itu terbiar lama sehingga menyebabkan bebanan kewangan kepada LKIM.

“Oleh itu, kita usahakan tanah itu dan akan dimajukan bagi memastikan agenda keterjaminan makanan dapat dicapai menerusi penambahan bekalan akuakultur di pasaran,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Faiz berkata, walau bagaimanapun LKIM belum melantik mana-mana pihak untuk mengendalikan projek berkenaan di tapak itu.

Katanya, kerja-kerja pembersihan yang dilaksanakan baru-baru ini bertujuan untuk memudahkan kajian dilaksanakan, malah ia tidak melibatkan sebarang aktiviti pengorekan tanah.

Semalam, lebih 50 penduduk Kampung Kuala Juru berhimpun secara aman bagi membantah projek kolam ternakan udang yang didakwa bakal dibangunkan di atas tanah yang sepatutnya dijadikan penempatan perumahan nelayan.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang turut menggesa LKIM supaya melaksanakan segera projek perumahan terbabit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI