fbpx

Mungkin ada lagi ahli UMNO akan dipecat, termasuk saya – Isham Jalil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isham Jalil.

PETALING JAYA – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil mendakwa ada beberapa lagi ahli parti itu akan dipecat dalam mesyuarat akan datang.

Isham berkata, tindakan itu dibuat susulan ada ahli dan pemimpin parti begitu lantang mengkritik keputusan kepimpinan UMNO untuk bersama Pakatan Harapan (PH) menyertai pilihan raya.

“Saya dengar minggu ini ada beberapa lagi ahli UMNO akan dipecat dalam mesyuarat nanti. Ada ura-ura kata nama saya pun mungkin tersenarai.

“Terserah kepada kepimpinan parti dan Majlis Tertinggi jika mereka mahu pecat saya,” katanya di laman Facebook hari ini.

Mengulas lanjut, Isham berkata, pemecatannya itu juga dikaitkan dengan kenyataan beliau kononnya menyuruh ahli UMNO jangan mengundi PH pada pilihan raya.

“Ini tidak benar. Saya tidak pernah suruh ahli UMNO jangan undi PH atau DAP. Ini adalah fitnah. Apa yang saya kata ialah saya akan fokus kepada kawasan UMNO. Boleh lihat dalam live (siaran) saya beberapa bulan lalu di Facebook.

“Yang tulis ‘headline’ kononnya saya kata jangan undi PH itu adalah satu akhbar Cina, dan itu tidak betul, mereka telah pun minta maaf kepada saya dan keluarkan pembetulan. Pembetulan ini telah pun saya maklumkan kepada Majlis Tertinggi beberapa bulan yang lalu semasa isu ini timbul.

“Boleh tanya Ahli Majlis Tertinggi yang lain untuk kepastian. Mungkin dia tidak baca juga, atau cuba fitnah saya lagi tanpa usul periksa. Pendirian saya ialah saya fokus kepada UMNO. Itu sahaja,” katanya.

Isham berkata, perjuangannya dalam UMNO adalah ikhlas kerana agama, bangsa dan tanahair, dan bukan kerana kepentingan peribadi.

“Manusia boleh singkirkan manusia, namun Allah SWT menentukan kifarahnya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI