fbpx

Tiga beranak Chan dikesan bantu siasatan kes dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri, Chan Jie Kenneth, Jared Chan Jie Yew, Chan Paik Kim.

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan tiga individu bagi membantu siasatan berhubung kes dadah.

Individu berkenaan ialah Chan Paik Kim, 56, dan keduanya, Chan Jie Kenneth, 28, manakala ketiga Jared Chan Jie Yew, 25.

Polis Kuala Lumpur dalam satu kenyataan berkata, kesemua individu terbabit diperlukan oleh bahagian siasatan jenayah narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras untuk membantu siasatan di bawah kes Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Alamat terakhir ketiga-tiga individu terbabit ialah di No 17, Jalan Sutera 3, Taman Jalil Sutera, Bukit Jalil, Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Orang ramai mempunyai maklumat boleh menghubungi Inspektor Norhasriani Muhamad Nor di talian 017-4918404, Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Cheras 03-92050357, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-21159999 atau mana-mana balai polis yang berhampiran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI