fbpx

Lelaki maut kereta terbabas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terbalik di bahu jalan dalam kejadian di Kampung Lumat, Beaufort awal pagi tadi.

BEAUFORT – Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terbabas sebelum terbalik di bahu jalan dalam kejadian di Kampung Lumat awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 pagi itu, mangsa Gregory George, 20, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah akibat tersepit.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 1.20 pagi.

“Kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Proton Iswara Aeroback yang terbabas sendiri lalu terbalik di bahu jalan.

“Terdapat seorang mangsa lelaki tersepit berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba.

“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan dan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI