fbpx

Pencuri RM22 tabung masjid: Ahli perniagaan bantu sediakan peguam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suhaidi (tengah) dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas didakwa mencuri tabung masjid di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu baru-baru ini.

PETALING JAYA – Seorang ahli perniagaan ingin menawarkan khidmat peguam bela bagi kes seorang tukang rumah yang didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada 7 September lalu kerana mencuri duit tabung masjid sebanyak RM22.

Jelas Datuk Seri Sunny Ung, khidmat tersebut ditawarkan kerana berpendapat Orang Kena Tuduh (OKT) itu perlu mendapatkan pembelaan sewajarnya dalam kes tersebut.

“Saya difahamkan, OKT melakukan perkara itu kerana mahu membeli susu untuk anaknya.

“Saya juga difahamkan, OKT tidak diwakili oleh mana-mana peguam dalam kes tersebut, disebabkan hal itu, saya menawarkan khidmat peguam Tetuan Ahmad Deniel Ruben & Co yang mana segala kos akan saya tanggung sepenuhnya,” jelasnya kepada Kosmo! hari ini.

Tambahnya, dia juga difahamkan, OKT melakukan perkara berkenaan kerana mahu membeli susu untuk anaknya.

“Difahamkan OKT mengambil keputusan mencuri duit tabung masjid selepas dimarahi ibunya kerana tidak mempunyai wang untuk membeli susu dan barangan keperluan lain.

“Saya juga berpendapat kes ini boleh diselesaikan secara baik tanpa perlu membawa ke mahkamah memandangkan OKT berada dalam keadaan terdesak,” jelasnya.

Terdahulu, pada 7 September lalu Kosmo! melaporkan seorang tukang rumah mengaku salah di Mahkamah Majistret di Kuala Terengganu atas pertuduhan mencuri duit tabung sebuah masjid di daerah itu tiga bulan lalu.

Majistret Noor Mazrinie Mahmood menetapkan 26 September ini untuk menjatuhkan hukuman terhadap Suhaidi Abdul Hamid.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki tersebut didakwa mencuri duit tabung sebuah masjid pada pukul 9.15 malam, 27 Jun lalu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI