fbpx

Sanggup berhabis RM200,000 kumpul telefon lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZIZOL menunjukkan sebahagian telefon model lama yang disimpan sejak bekerja di sebuah hotel 30 tahun lalu.

SABAK BERNAM – Setiap individu mempunyai obses dan minat tersendiri dalam pelbagai perkara, begitu juga dengan Azizol Dollah, 49, apabila sanggup membelanjakan lebih RM200,000 untuk memiliki 500 telefon bimbit lama yang pernah popular di negara ini.

Kesemua telefon miliknya mula dibeli pengusaha hotel itu sejak 30 tahun lalu membabitkan pelbagai jenama yang menjadi rebutan seperti Nokia 3210, Motorola D688, Ericsson S868 dan Samsung N188.

Menurut Azizol, kebanyakan koleksi itu dibelinya sendiri ketika bekerja di sebuah hotel di ibu kota sekitar era 90-an dengan nilai tertinggi dikeluarkan adalah telefon jenis Nokia 7600 dan 6600 berjumlah lebih RM1,000 setiap satu.

“Saya memang obses memiliki telefon bimbit lama dan sanggup menyimpan wang bagi meme­nuhi hobi tersebut.

“Biarpun ada yang mencecah ribuan ringgit, minat terhadap kecanggihan teknologi pada waktu itu menyebabkan saya akan berusaha memilikinya walau apa jua caranya,” katanya ketika ditemui di rumahnya pekan Sabak di sini, semalam.

Jelas Azizol, dia berkongsi hobi sama dengan isterinya, Norzahidah Bakar, 37, yang turut berminat menyimpan koleksi ­telefon berkenaan.

“Telefon itu mempunyai ­kelebihan tersendiri dari segi reka bentuk unik dan mudah dikenali termasuk butang pada peranti berbanding telefon pintar kini yang menggunakan skrin sentuh.

“Selain lebih lasak, baterinya tahan sehingga seminggu dan keunikan permainan asas Snake, Space Impact dan Bantumi,” ujar bapa kepada enam anak itu.

Namun, tambah Azizol, minat dirinya mengumpul telefon bimbit semakin berkurangan selepas kemasukan telefon pintar sekitar 2009.

“Koleksi itu kini hanya disimpan di rumah dan bercadang untuk mempamerkannya di ruang hotel yang diusahakan bersama dengan seorang rakan.

“Tiada hasrat mahu jual sebaliknya simpan semua koleksi untuk anak cucu.

“Saya berharap generasi muda dapat mengenali telefon lama itu yang boleh dianggap sebagai koleksi antik dan mempunyai nilainya tersendiri,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI