fbpx

Tapir Malaya pintas penunggang basikal di Singapura

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tapir Malaya ini dilihat berlari di sebuah taman di Punggol. – Facebook

SINGAPURA – Seorang penunggang basikal terkejut  terserempak dengan seekor tapir Malaya yang bergerak  laju di sebuah taman di Punggol, Singapura, awal pagi semalam, lapor portal berita Mothership.

Individu berkenaan yang menggunakan nama Pong Posadas pada laman Facebook,  memuat naik video tapir itu dalam kumpulan sembang,  SG PCN Cyclist.

Rakaman memaparkan haiwan tersebut berlari di hadapannya setelah memintasnya yang sedang menunggang basikal di sebuah trek pada pukul 6.30 pagi (waktu tempatan).

Menurut Pong, tapir itu berlari dengan amat laju ke arah Jambatan Lorong Halus.

“Saya terdengar sesuatu sedang berlari dari arah belakang. Saya menyangkakan ia kuda. Saya memperlahankan basikal dan membiarkan tapir itu memintas saya,” katanya.

Sebelum ini, Kosmo! melaporkan seekor tapir Malaya yang dipercayai berenang dari Malaysia ke Singapura dilihat berkeliaran di Punggol Park Connector pada 22 Julai lalu. 

Pegawai Eksekutif Bersama, Persatuan Penyelidikan dan Pendidikan Keprihatinan Haiwan (Acres), Kalai Vanan Balakrishnan ketika itu dipetik sebagai berkata, pihaknya berharap dapat menghantar pulang haiwan tersebut dan menempatkannya di habitat asalnya.

Bagaimanapun, tidak dapat dijelaskan sama ada kedua-dua tapir yang dilihat itu adalah haiwan yang sama. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI