fbpx

Dua lagi lokasi no right turn di Melaka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAMEED (dua dari kiri) bertanyakan sesuatu kepada pengguna jalan raya ketika tinjauan hari pertama pelaksanaan no right turn di persimpangan Stadium Hang Jebat, Paya Rumput, Melaka. - Foto oleh MUHAMMAD SHAHIZAM TAZALI/KOSMO!

MELAKA – Pelaksanaan No Right Turn akan dilakukan secara berperingkat di dua lagi lokasi iaitu di persimpangan Melaka Mall dan persimpangan Kandang-Duyong bermula minggu hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, buat masa ini hanya persimpangan Stadium Hang Jebat di Lebuh Sungai Udang-Paya Rumput-Ayer Keroh (SPA) yang sedang menjalani tempoh percubaan.

Menurut beliau, inisiatif berkenaan bertujuan untuk melihat keberkesanan penyuraian trafik pada waktu puncak.

“Kita akan selesaikan percubaan di persimpangan Stadium Hang Jebat dulu dan minggu hadapan akan laksanakan secara berperingkat di persimpangan Melaka Mall dan Kandang-Duyong.

“Pelaksanaan ini masih dalam tempoh percubaan selama dua minggu. Kita akan lihat (nilai) sama ada inisiatif ini memberi kesan positif atau sebaliknya sebelum kajian semula dilakukan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk menilai perkara ini,” katanya selepas tinjauan hari pertama pelaksanaan no right turn di persimpangan Stadium Hang Jebat di sini, hari ini.

Tambah Hameed Mytheen, pihaknya akan menilai reaksi penduduk taman perumahan yang terlibat seperti One Krubong dan Krubong Perdana berhubung pelaksanaan no right turn tersebut.

Katanya, setakat ini terdapat kemajuan positif selepas aliran trafik semakin lancar bermula dari jejantas Cheng.

“Pergerakan waktu puncak pada sebelah petang juga turut diambil kira untuk melihat kelancaran pelaksanaan percubaan ini. Saya rasa (harap) selepas ini masyarakat akan dapat terima (pelaksanaan) secara perlahan-lahan,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI