fbpx

MAIS peruntuk RM25 juta tangani masalah sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Aziz (enam kanan) selepas pelancaran kempen Bulan Pembebasan Riqab, hari ini.

SHAH ALAM – Sebanyak RM25 juta diperuntukkan dalam menangani masalah sosial di Selangor.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, peruntukan zakat asnaf riqab itu bagi membantu dan membimbing golongan terbabit yang memerlukan bantuan pemulihan, perlindungan, rawatan dan pencegahan supaya mereka kembali ke pangkal jalan.

Katanya, ia diberikan berdasarkan sumbangan geran pemulihan kepada rumah pemulihan riqab, program kursus dan latihan asnaf riqab, perkhidmatan guru pembimbing riqab dan sumbangan kebajikan kepada asnaf riqab yang terkesan sama ada bencana alam dan pengurusan jenazah.

“Ini termasuk program-program pemulihan dan pendidikan yang dilaksanakan oleh tiga rumah pemulihan majlis dan 25 buah rumah pemulihan ar-riqab di bawah MAIS.

“Semua itu berperanan membantu pemulihan mereka yang mengalami masalah sosial dari pelbagai kategori,” katanya selepas melancarkan kempen Bulan Pembebasan Riqab, hari ini.

Menurut Abdul Aziz, asnaf riqab merupakan seseorang yang terbelenggu dengan masalah sosial dan masalah aqidah seperti penagihan dadah, sumbang mahram, persetubuhan haram dan orang Islam yang terpesong agamanya.

Tambahnya, seramai 2,205 golongan asnaf riqab di Selangor telah disantuni sehingga Ogos tahun ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI