fbpx

Kes jenayah dalam negara catat penurunan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan kejadian ragut berlaku dalam negara yang didakwa kian meningkat akibat pandemik Covid-19.

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan trend jenayah dalam negara meningkat susulan orang ramai kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, sebanyak 56,117 kes jenayah dilaporkan sejak awal tahun hingga Ahad lalu.

Katanya, jumlah itu menunjukkan penurunan kes sebanyak 16,917 kes atau 23 peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

“Bagi jenayah ragut pula, sebanyak 1,160 kes dilaporkan dalam tempoh yang sama tahun ini manakala 2,216 kes tahun lalu. Ini menunjukkan penurunan kes sebanyak 1,056 kes.

“Seramai 527 suspek telah diberkas dalam jenayah ragut itu sejak awal tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya lagi, berdasarkan statistik tersebut sekali gus menafikan berlaku peningkatan kes jenayah dalam negara susulan ramai hilang pekerjaan akibat Covid-19.

Katanya, walaupun statistik menunjukkan penurunan pihak polis sentiasa mengambil langkah lebih komprehensif untuk memastikan trend jenayah terus menurun sekali gus keselamatan dan ketenteraman orang ramai terus terpelihara.

“Pihak polis juga ingin menasihatkan orang awam supaya tidak sewenang-wenangnya membuat atau menularkan sebarang berita tidak sahih yang boleh membangkitkan kegusaran masyarakat serta menimbulkan persepsi salah terhadap pihak berkuasa khususnya PDRM,” ujarnya.

Terdahulu tular satu video berdurasi 13 minit di media sosial yang memaparkan kejadian-kejadian ragut dalam negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI