fbpx

Gunung Fuji sesak akibat terlebih pelancong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan pelawat mendaki lereng Gunung Fuji pada 31 Ogos lalu. - AFP

TOKYO – Gunung Fuji yang pernah menjadi tempat suci bagi orang Jepun kini menyaksikan kedatangan berjuta-juta pelawat setiap tahun sekali gus menjadikannya sesak dengan orang ramai, lapor laman berita Wion News semalam.

Laluan di Gunung Fuji yang tenang suatu ketika dahulu, kini hiruk-pikuk apabila dipenuhi bas, lori, trak, kedai mi dan kedai cenderahati. 

Menurut pihak berkuasa, bilangan pendaki gunung itu kini mencapai tahap berbahaya dari segi ekologi.

“Gunung Fuji kini ‘menjerit’,” kata gabenor wilayah tempatan pada minggu lalu.

Bilangan pelawat di titik pendakian utama, wilayah Yamanashi dilaporkan meningkat lebih dua kali ganda antara 2012 hingga 2019, yang kini mencecah 5.1 juta orang.

Laluan gunung pula tidak hanya dilalui pengunjung pada waktu siang, malah barisan panjang pelawat yang ingin melihat matahari terbit keesokan hari turut dilihat pada waktu malam.

Seorang pegawai tempatan, Masatake Izumi memberitahu bahawa bilangan pelawat yang sangat ramai telah meningkatkan risiko kemalangan.

Pihak berkuasa bulan lalu mengumumkan bahawa langkah kawalan orang ramai akan dilaksanakan jika laluan di gunung itu menjadi terlalu sibuk. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI