fbpx

KP JPJ perlu ada dalam pasukan siasatan kes plat pendaftaran klasik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke.

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan (MOT) menjelaskan pasukan petugas khas bagi menyiasat sindiket nombor plat pendaftaran klasik perlu juga dianggotai Ketua Pengarah (KP) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Rospiagus Taha.

Menterinya, Anthony Loke berkata, ia perlu bagi membolehkan Ketua Pengarah JPJ mendapat akses siasatan yang lebih menyeluruh terhadap sindiket dan dakwaan itu.

Beliau juga menafikan wujud sebarang kepentingan dalam penubuhan pasukan petugas khas bagi menyiasat dakwaan salah laku itu.

“Sudah mesti (pasukan itu) dianggotai JPJ sebab Ketua Pengarah JPJ sekarang adalah yang baharu. Jadi, dia (pihak mendakwa) sebut isu itu adalah dari 2016, jadi Ketua Pengarah tidak ada kepentingan.

“Sebab itu perlu ada penglibatan JPJ, sebab dia memerlukan akses kepada maklumat daftar dan sebagainya. Kalau tiada pembabitan Ketua Pengarah JPJ, bagaimana dia boleh akses maklumat,” katanya pada sidang akhbar selepas ucapan dasar Persidangan Parti DAP 2023, di sini hari ini.

Media semalam melaporkan, sebuah pasukan yang akan dianggotai Unit Integriti Kementerian Pengangkutan telah dikerah untuk menyiasat dakwaan salah laku plat klasik kenderaan seperti didakwa saluran Telegram Edisi Siasat.

Sebelum ini, Edisi Siasat mendakwa wujud skandal membabitkan pegawai JPJ apabila nombor plat klasik dihidupkan semula dan dijual dengan harga ratusan ribu ringgit. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI