fbpx

10 peratus graduan Kolej Vokasional pilih sektor gig

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA SELANGOR – Kira-kira 10 peratus graduan Kolej Vokasional (KV) di seluruh negara memilih sektor ekonomi gig sebagai pekerjaan tetap selepas menamatkan pengajian mereka.

Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Kejurulatihan dan Hubungan Industri Bahagian Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV), Supian Mahmood berkata, keadaan itu disifatkan memberi kesan kepada tenaga kerja dalam bidang kemahiran yang amat diperlukan ketika ini.

Jelas beliau, graduan KV tidak digalakkan menjadikan ekonomi gig sebagai kerjaya tetap, namun boleh bekerja sambilan atau sambil belajar sebelum meneruskan pekerjaan dalam bidang masing-masing.

“Mereka mempunyai kemahiran tinggi yang diperlukan industri atau pasaran pekerjaan dan berpeluang meneruskan kerjaya dalam bidang dipelajari mereka.

“Kita bimbang Malaysia kepupusan tenaga kerja mahir jika graduan KV tidak berminat dalam bidang masing-masing atau menyambung pengajian di peringkat lebih tinggi,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Hari Terbuka KV Kuala Selangor, Bestari Jaya di sini, hari ini.

Supian berkata, golongan yang memilih ekonomi gig itu bagaimanapun masih rendah berbanding kadar kebolehpasaran 90 peratus graduannya yang mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian.

“Statistik menunjukkan kira-kira 90 peratus daripada 10,000 pelajar KV tahun lalu sudah mendapat tawaran pekerjaan.

“Daripada jumlah itu, 70 peratus graduan bekerja dalam bidang yang dipelajari manakala 20 peratus menyambung pengajian dan ada turut menjadi usahawan dan bekerja sendiri,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI