fbpx

Dua pusat promosi judi diserbu, 12 orang ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara suspek yang ditahan dalam serbuan dua pusat panggilan perjudian di Lembah Klang, kelmarin.

KUALA LUMPUR – Seramai 12 orang termasuk enam lelaki warga asing ditahan dalam serbuan dua premis yang dijadikan pusat panggilan promosi perjudian dalam talian di Lembah Klang, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, siasatan mendapati sindiket itu mensasarkan mangsa dari Bangladesh.

“Pemeriksaan awal mendapati adanya unsur mempromosikan perjudian dalam talian menggunakan laman sesawang.

“Kesemua suspek berusia 19 hingga 37 yang ditahan berperanan sebagai penyelia dan pegawai khidmat pelanggan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Amihizam, polis turut merampas empat komputer, lima komputer riba, 19 telefon bimbit, iPad, tiga keping pasport, dua modem router dan satu kad akses berserta kunci rumah.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 420/120B Kanun Keseksaan dan Seksyen 4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Kesemua suspek ditahan reman bagi tindakan siasatan selanjutnya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI