fbpx

JPJ P. Pinang keluar 63 saman dalam Ops Rempit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebanyak 63 saman dikeluarkan dalam Ops Pencegahan Lumba Haram di Persiaran Karpal Singh, semalam.

GEORGE TOWN – Sebanyak 63 saman dan teknikal dikeluarkan Unit Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pulau Pinang menerusi Ops Pencegahan Lumba Haram (Rempit) di Persiaran Karpal Singh di sini, semalam.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan JPJ Pulau Pinang, operasi tersebut dijalankan bermula pukul 1 hingga 6 pagi.

“Notis saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan seperti tiada lesen memandu, Lesen Kenderaan Motor ( LKM ) tamat tempoh serta tiada perlindungan lnsuran.

“Antara kesalahan lain adalah mempamerkan nombor pendaftaran fancy dan ekstrem, tiada cermin sisi dan ubah suai motosikal tanpa kebenaran. JPJ juga turut menyita sebanyak tujuh buah motosikal dalam operasi ini,” katanya di sini, hari ini.

Jelas kenyataan itu lagi, operasi tersebut bertujuan mencegah aktiviti lumba haram pada awal pagi sekali gus memastikan penunggang dan pembonceng motosikal mematuhi peraturan dan undang- undang yang berkuat kuasa.

“Operasi khas itu juga bagi memastikan motosikal mereka tidak melakukan penggubahsuaian untuk tujuan lumba haram, uji kelajuan atau rempit,” katanya tindakan tegas akan dikenakan termasuk menyita motosikal sekiranya pemiliknya didapati mengubah suai untuk tujuan berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI