fbpx

Tengku Hassanal berkenan singgah beli Milo Dinosaur di Miri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seri Paduka Baginda berdua bersama Tengku Hassanal berkenan singgah membeli air kegemaran di sebuah gerai.

PETALING JAYA – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menuruni kenderaan untuk singgah di sebuah gerai minuman di Tukau, Miri, Sarawak.

Istana Negara dalam hantaran di Facebooknya berkata, di gerai tersebut, Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, yang mengiringi Seri Baginda Berdua bagi Kembara Kenali Borneo peringkat negeri Sarawak, berkenan membeli Milo Dinosaur iaitu minuman kegemaran Baginda.

“Turut mengiring, Tengku Panglima Raja Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan Tengku Panglima Perang Tengku Ahmad Ismail Mu’adzam Shah.

“Seri Paduka Baginda berdua dan rombongan Kembara Kenali Borneo dalam perjalanan ke Pantai Bungai Bekenu, Miri,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 September bermula di Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak sejauh 2,154 kilometer menelusuri Lebuhraya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI