fbpx

34 saman dikeluarkan dalam Ops Samseng Jalanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis IPD Barat Daya memeriksa motosikal dalam Ops Samseng Jalanan, awal pagi tadi.

BALIK PULAU – Sebanyak 34 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Ops Sepadu (Ops Samseng Jalanan) yang dijalankan di sekitar daerah Barat Daya, awal pagi tadi.

Menurut Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya (IPD BD), selain membendung samseng jalanan yang melibatkan mat rempit, operasi itu juga bertujuan memastikan penunggang motosikal sentiasa mematuh peraturan-peraturan lalu lintas sedia ada dan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

“Operasi ini turut tertumpu di lokasi-lokasi yang menjadi tumpuan mat rempit melakukan aksi berbahaya dan mengesan pemandu mabuk, mencegah kejadian kes kecurian kenderaan, ragut, pecah rumah dan lain-lain jenayah.

“Operasi ini akan diteruskan pada setiap minggu bagi mencegah gejala mat rempit yang sering mengganggu ketenteraman awam,” katanya di sini, hari ini.

Dalam pada itu, polis turut menjalankan pemantauan dan snap check di sekitar kawasan Perumahan Taman Pantai Jerjak, Q1 dan Q2 Waterfront, Queensbay di sini pada hujung minggu ini.

“Polis akan mengambil tindakan terhadap kenderaan yang menyalahi undang-undang terutama pengubahsuaian ekzos motosikal yang mendatangkan ketidakselesaan kepada penduduk.

“Sebanyak 20 buah kenderaan dan seramai 35 individu telah diperiksa serta 1 saman telah dikeluarkan,” katanya.

Selain itu, polis daerah Barat Daya telah menahan seorang lelaki berusia 36 tahun kerana disyaki menjalankan aktiviti judi loteri awam haram di tepi tempat parkir kenderaan berbumbung Pekan Sungai Pinang, Balik Pulau, semalam.

“Pihak polis turut merampas sebuah telefon bimbit jenis Nokia yang memaparkan angka-angka dan nilai taruhan disyaki judi loteri awam haram dan sejumlah wang tunai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI