fbpx

Beli durian RM156, bayar RM1.56

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang peniaga durian mencari pelanggannya yang tersilap membuat bayaran untuk durian yang dibeli di gerainya semalam.

Menurut perkongsian peniaga itu di sebuah kumpulan Facebook, pelanggan terbabit membeli durian bernilai RM156, bagaimanapun bayaran yang dibuat secara pemindahan dalam talian hanyalah RM1.56.

“Tadi pukul 6.23 petang ada seorang pelanggan bawa kereta warna merah ,datang beli durian berjumlah RM156, tetapi hanya ‘transfer’ RM1.56.

“Kak boleh WhatsApp kita untuk bayar baki,” tulis peniaga itu.

Turut disertakan bukti transaksi dalam akaun peniaga tersebut.

Tinjauan di ruang komen mendapati rata-rata pengguna menasihati peniaga tersebut supaya sentiasa menyemak jumlah bayaran yang dibuat pelanggan sebelum memberikan barangan yang dijual.

Tangkap layar hantaran peniaga itu.

“Kalau amaun besar begini, minta pelanggan hantar slip melalui WhatsApp sebelum pergi. Dah ramai kena begini. Semoga dpermudah urusan boss durian,” kata Nenek Kebayan.

“Saya pun pernah kena. Transfer RM3.50 sebenarnya jumlah buah saya dia beli RM35.00,” kongsi Erna.

“Saya pernah tersilap lupa nak tekan 00. Nak transfer RM320 jadi RM32 je. Harap yang ini pun tersilap. Bila sedar transferlah semula,” kata Zack.

Sehingga kini, perkongsian tersebut mendapat lebih 500 tanda suka dan lebih 100 komen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI