fbpx

Piala Dunia: Neymar pintas rekod Pele

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NEYMAR meledak dua gol ketika membantu Brazil menewaskan Bolivia pagi semalam sekali gus memintas rekod jaringan Pele. - AFP

BELEM, Brazil – Neymar mencipta sejarah baharu apabila kini muncul penjaring terbanyak sepanjang zaman Brazil dengan 78 gol, sekali gus memecahkan rekod lama milik legenda bola sepak negara itu, Pele.

Pele yang meninggal dunia pada Disember tahun lalu di usia 82 tahun, mengumpul 77 gol dalam 92 penampilannya bersama Brazil dari 1957 hingga 1971.

Rekod itu akhirnya lebur di tangan Neymar yang kini sudah meledak 79 gol buat Selecao sejak merekodkan jaringan antarabangsa pertamanya ketika menang 2-0 ke atas Amerika Syarikat pada Ogos 2010.

Kejayaan itu hadir selepas Neymar, 31, menjaringkan dua gol ketika menewaskan Bolivia 5-1 pada aksi pertama kelayakan Piala Dunia 2026 zon Amerika Selatan di Estadio Olimpico do Para pagi semalam.

Ia sekali gus menutup mulut para pengkritik yang mengecam tindakannya kerana memilih untuk meninggalkan Paris Saint-Germain (PSG) dan Eropah dan berhijrah ke Asia menyertai Al-Hilal di Arab Saudi.

Tiga lagi gol Brazil dalam perlawanan semalam diperoleh menerusi dua jaringan bintang Real Madrid, Rodrygo Goes dan satu daripada pemain sayap Barcelona, Raphinha.

Pengendali sementara Brazil, Fernandi Diniz berbangga dengan aksi keseluruhan ditampilkan anak-anak buahnya terutama Neymar yang dikritik hebat gara-gara namanya disenaraikan dalam kesebelasan utama perlawanan itu.

Bukan sahaja peminat, malah ketua jurulatih Al-Hilal turut tidak berpuas hati dengan keputusan Diniz menyenaraikan Neymar walaupun menyedari bintangnya itu belum pulih 100 peratus daripada kecederaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI