fbpx

[VIDEO] Agong, Raja Permaisuri turun sendiri dapatkan cop pasport

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar gelagat Agong dan Raja Permaisuri Agong ketika tiba di Pos Kawalan Imigresen ICQS Sungai Tujuh, Miri, Sarawak hari ini.

PETALING JAYA – Gelagat Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang sanggup turun ke kaunter Pos Kawalan Imigresen untuk melihat sendiri pasport dicop mencuri perhatian orang ramai.

Menerusi video berdurasi 30 saat yang dimuat naik di akaun Instagram Istana Negara, Raja Permaisuri Agong turun dari kenderaan membawa pasport baginda dan Agong untuk mendapatkan cop.

Kemudian, pegawai Imigresen yang bertugas di kaunter menyapa mesra sambil mengalu-alukan kedatangan Seri Paduka Baginda berdua ke Miri, Sarawak.

“Tolonglah cop pasport saya. Cepat cepat cepat. Coplah mana-mana pun boleh, banyak ruang kosong,” titah Raja Permaisuri Agong.

Tidak lama kemudian, Agong turut turun dari kenderaan dan bergurau-senda dengan pegawai Imigresen yang sedang bertugas di kaunter.

“Haa tengok muka saya ini. Betul tak? Muka original (asli) ya,” titah Seri Paduka Agong.

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berangkat tiba di Pos Kawalan Imigresen ICQS Sungai Tujuh, Miri, Sarawak dari Brunei Darussalam pada pukul 12.10 tengah hari, hari ini.

Dari Pos Kawalan Imigresen itu, Seri Paduka Baginda berdua dan rombongan Kembara Kenali Borneo meneruskan pengembaraan ke Bandar Raya Miri.

Al-Sultan Abdullah dan Raja Permaisuri Agong, berangkat melakukan perjalanan sejauh 2,154 kilometer Kembara Kenali Borneo dari 3 hingga 13 September bermula di Tawau, Sabah dan berakhir di Telok Melano, Sarawak merentasi Lebuh Raya Pan Borneo yang menghubungkan Sabah, Sarawak serta Brunei. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI