fbpx

P Nation berhasrat bawa artis Korea lakukan persembahan di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kim Lionel Soo (kiri) bersama Fahmi dalam pertemuan rasmi di P Nation, Gangnam, Korea Selatan, hari ini.

PETALING JAYA – Agensi dan label rakaman terkemuka, P Nation yang ditubuhkan oleh penyanyi rap Korea Selatan, Psy, menyatakan hasrat untuk membawa artis mereka melakukan persembahan di Malaysia.

Perkara itu dimaklumkan kepada Menteri Komunikasi dan Digital, Ahmad Fahmi Fadzil, dalam satu lawatan rasmi di Gangnam, Korea Selatan, hari ini.

Pertemuan tersebut diadakan bersama Ketua Pegawai Eksekutif P Nation, Kim Lionel Soo.

“Bila sebut Gangnam, mesti teringat Psy. Semalam saya melawat firma hiburan terkemuka Korea Selatan iaitu P Nation yang ditubuhkan oleh Psy.

“Dalam pertemuan bersama Kim, kami membangkitkan tentang potensi kerjasama yang boleh dijalinkan.

“P Nation juga meluahkan rasa minat untuk membawa artis mereka melakukan persembahan di Malaysia dan berbincang tentang proses dan garis panduan yang ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia,” katanya dalam hantaran Facebook tadi.

Tambahnya, di akhir pertemuan, beliau dibawa melawat ke studio P Nation dan dihadiahkan beberapa ‘buah tangan’ seperti album sebagai tanda kenang-kenangan.

P Nation mula beroperasi pada Oktober 2018 dan mula mempunyai seorang artis di bawah mereka pada Januari 2019, iaitu penyanyi rap wanita terkenal, Jessi.

Antara artis yang berada di bawah P Nation kini adalah Hwasa, Swings, The New Six, Heize, Penomeco dan Crush. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI