fbpx

Lelaki OKU ditemui meninggal dunia dalam longkang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemui terapung di dalam longkang berhampiran sebuah pondok perhentian bas Pekan Goshen di Jalan Langkon Pitas petang semalam.

KOTA MARUDU – Mayat seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) ditemui terapung di dalam longkang berhampiran sebuah pondok perhentian bas Pekan Goshen di Jalan Langkon Pitas petang semalam.

Dalam penemuan kira-kira pukul 2 petang itu, mangsa berusia 37 tahun terbabit ditemui orang awam yang kebetulan melalui kawasan berkenaan sebelum menghubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Kota Marudu Superitendan Zairolnizal Ishak berkata, sepasukan polis digerakkan ke lokasi kejadian untuk siasatan lanjut sejurus menerima laporan mengenai kejadian terbabit.

“Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Lotong Kota Marudu untuk tujuan bedah siasat.

“Hasil siasatan mendapati mangsa warga tempatan dan OKU pembelajaran serta mempunyai sejarah penyakit sawan.

“Mangsa pada hari kejadian didapati keluar dari rumah seawal pukul 8 pagi dan berjalan kaki ke pekan sebelum ditemui orang awam di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Zairolnizal memaklumkan siasatan turut mendapati mangsa akan keluar berjalan kaki hampir setiap hari ke oekan Kota Marudu dari Kampung Kandawayon dan mangsa juga didakwa sering diserang sawan.

“Hasil daripada pemeriksaan pegawai perubatan mendapati tiada sebarang kesan kecederaan di badan mangsa.

“Mangsa juga dipercayai diserang sawan sebelum terjatuh ke dalam parit dan hasil pemeriksaan terhadap badan mangsa ketika ditemukan di dalam longkang itu juga masih dalam keadaan kejang dan tergigit lidah,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai laporan mati (SDR).- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI