fbpx

KPM nafi keluarkan lima hadis modul Hadis 40 Imam Nawawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina (duduk tengah barisan dua belakang) bersama murid-murid yang turut hadir pada sesi townhall itu. FOTO: AFIQ RAZALI/KOSMO!

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan sekerasnya dakwaan telah mengeluarkan lima hadis daripada Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi.

Menterinya, Fadhlina Sidek menegaskan pihaknya kini masih dalam proses bagi memuktamadkan hadis modul tersebut.

Kata beliau, ruang perlu diberikan kepada KPM dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memperhalusi perkara itu secara terperinci.

“Ini kerana kita mahu modul itu akan berjaya dilaksanakan untuk anak-anak Muslim dan sekolah agama di seluruh negara.

“Setakat ini perkara itu (lima hadis dikeluarkan) tidak betul dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kelak,” katanya ketika ditemui selepas program Town Hall Rakyat di Kompleks Karangkraf di sini, hari ini.

Terdahulu, media melaporkan Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy mendakwa KPM telah mengeluarkan lima hadis.

Antara yang didakwa dikeluarkan termasuk hadis kelapan iaitu perintah Allah kepada Rasulullah S.A W untuk memerangi manusia yang belum bersaksi bahawa tiada tuhan selain Allah dan Muhammad utusan Allah sehingga mereka menerima Islam, mendirikan solat dan membayar zakat.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kemungkinan ada hadis digugurkan, Fadhlina berkata, pihaknya masih dalam proses memuktamadkannya.

“Namanya juga adalah modul atau penghayatan dan kita perlu menelitinya secara menyeluruh.

“Kami sedang memuktamadkan dan tunggu pengumuman mengenainya nanti,” ujarnya. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI