fbpx

Lelaki cuba buka pintu pesawat ditangkap penumpang berani

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki ditangkap Troboloni selepas dia cuba membuka pintu pesawat Wizz Air semasa penerbangan pada Isnin lalu. - Foto The Sun

BELGRADE, Serbia – Seorang lelaki yang cuba membuka pintu kecemasan sebuah pesawat komersial dan menumbuk seorang pramugara telah dijatuhkan ke lantai oleh penumpang yang berani dalam pergelutan pada ketinggian 9,144 meter, lapor portal berita MailOnline semalam.

Insiden berlaku dalam sebuah penerbangan yang berlepas dari Tel Aviv, Israel dan menuju Lapangan Terbang Luton, Britain pada Isnin lalu.

Pesawat tersebut terpaksa mendarat cemas di Belgrade, Serbia.

Penumpang dikenali sebagai Victor Troboloni, 45, berjaya menangkap lelaki itu selepas dia cuba membuka pintu kecemasan dan pergi untuk menumbuk seorang pramugara, lapor akhbar The Sun

Troboloni dapat menundukkan lelaki itu dalam pergelutan dengan insiden tersebut dirakam oleh penumpang lain.

Rakaman video menunjukkan lelaki itu menjerit ketika Troboloni menariknya ke lantai pesawat milik syarikat penerbangan Wizz Air, sebelum seorang pramugari mengikat tangannya dengan tali kabel plastik.

Dalam satu kenyataan kepada The Sun, Wizz Air berkata: “Syarikat kesal atas kesulitan yang disebabkan kejadian tidak dijangka ini.” – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI