fbpx

Lelaki menyamar perempuan rakam video bilik persalinan wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki menyamar sebagai wanita untuk memasuki bilik persalinan perempuan di Daejon pada bulan lalu. - Foto Hours and Miles

SEOUL, Korea Selatan – Seorang lelaki berusia dalam lingkungan30-an yang menyamar sebagai wanita ditahan polis ketika menggunakan telefon bimbitnya untuk merakam video di bilik persalinan wanita di sebuah rumah mandi awam di Daejeon, lapor portal berita Korean Herald semalam.

Balai Polis Daejeon Daedeok menyatakan, anggota-anggota polis sedang menyiasat lelaki itu atas tuduhan melanggar Akta Khas Hukuman Jenayah Keganasan Seksual.

Lelaki itu dituduh memasuki bilik persalinan wanita di sebuah rumah mandi awam di daerah Daedeok Daejeon pada 26 Ogos lalu. 

Dia menyamar sebagai wanita dengan memakai rambut palsudan merakamkan video di dalam rumah mandi itu dengan menggunakan telefonnya.

Kakitangan rumah mandi itu yang curiga dengan tindakan suspek melaporkan perbuatannya kepada polis, menyebabkan dia ditahan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI