fbpx

Bukan kuasa saya tentukan keputusan mahkamah – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar bersalaman dengan jemaah selepas selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Sri Petaling hari ini.

KUALA LUMPUR – ‘Jika tanya saya, kalau saya ada kuasa, saya nak tangguh.

Itu reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditanya tentang keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) melibatkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Jelas Anwar, beliau mahu perkara itu ditangguh selepas pilihan raya, namun ia tidak dipersetujui oleh Peguam Negara.

“Peguam Negara tidak bersetuju kerana tarikh awal mahkamah adalah 4 haribulan dan 5 haribulan adalah hari terakhir beliau (menjadi Peguam Negara). Dia tidak mahu melepaskan tanggungjawabnya kepada orang lain.

“Jadi saya tidak boleh menghalang dan saya juga baca banyak kenyataan sebahagian benar dan sebahagiannya melahirkan kesangsian dan saya telah minta penjelasan lanjut Peguam Negara.

“Disebabkan itu, saya tidak salahkan mana-mana rakyat yang inginkan penjelasan lanjut. Jika kita baca 11 perkara yang dibentangkan di mahkamah di hadapan hakim dan hakim berpuas hati,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Sri Petaling bersama kira-kira 3,000 jemaah di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Tambun itu berkata, beliau tidak pernah memberi sebarang arahan kepada Peguam Negara membebaskan Ahmad Zahid walaupun ramai ketika ini membuat tohmahan kepadanya.

“Mereka nak tohmah, tohmah lah tapi saya bercakap di sini untuk menjelaskan bahawa tidak ada arahan (kepada) Peguam Negara masa itu Tan Sri Idrus Harun (yang) terlibat dalam meneruskan pendakwaan,”ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, Mahkamah Tinggi di sini melepas tanpa membebaskan (DNAA) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah (kini Hakim Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan Jabatan Peguam Negara (AGC) agar prosiding perbicaraan diberhentikan bagi kesemua pertuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri.

Mahkamah turut menolak permohonan pasukan pembelaan agar Ahmad Zahid dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan-pertuduhan yang dihadapinya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI