fbpx

Ahli Geng 08 disyaki terbabit kes pecah rumah ditahan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek yang dirakam cuba memecah masuk sebuah rumah di Ampang, Rabu lalu.

PETALING JAYA – Polis menahan seorang individu dipercayai ahli Geng 08 yang terlibat dalam kes pecah rumah sekitar daerah Puchong dalam sebuah tangkapan lebih kurang pukul 12 tengah hari, semalam.

Ketua Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Azam Ismail berkata, semakan dilakukan menunjukkan suspek mempunyai 13 rekod jenayah dan 12 rekod narkotik.

“Siasatan awal polis mendapati modus operandi suspek adalah dengan mengumpil pintu atau tingkap belakang rumah mangsa dan menyasarkan kawasan perumahan yang tidak mempunyai pengawal keselamatan.

“Penglibatan suspek dalam daerah Ampang adalah sebanyak empat kes. Ujian air kencing menunjukkan suspek positif dadah jenis methamphetamin,” katanya.

Menurutnya, suspek ditahan reman dan dibawa ke Mahkamah Ampang dibawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah, pagi ini.

Kes disiasat bawah Seksyen 457 Kanun keseksaan yang membawa hukuman penjara yang boleh sampai 14 tahun atau dengan denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

“Bagi kesalahan seterusnya, suspek disiasat dibawah Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 merujuk kepada memiliki lambang tatu kumpulan kongsi gelap yang diisytiharkan sebagai menyalahi undang-undang.

“Jika sabit kesalahan, suspek boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau denda maksimum RM15,000,” katanya.

Sehubungan itu, pihak polis memberikan amaran dan nasihat kepada orang ramai supaya tidak terlibat dalam apa apa perbuatan melakukan pecah rumah dan memiliki lambang kongsi gelap. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI