fbpx

Kadar OPR penting untuk kawal inflasi 2.0 peratus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Maslan.

PETALING JAYA – Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus penting untuk mengawal inflasi yang kini pada kadar 2.0 peratus.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, sebelum pandemik Covid-19, kadar OPR adalah antara 3.0 hingga 3.25 peratus.

“Ketika era Covid-19, (OPR) diturun kepada 1.75 peratus untuk tujuan pengembangan ekonomi. Selesai Covid-19, kembali kepada 3.0 peratus.

“Semalam diumum Bank Negara Malaysia (BNM) ia terus kekal. Moga difahami kadar ini penting untuk kawal inflasi yang kini 2.0 peratus,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Terdahulu, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) BNM memaklumkan membuat keputusan untuk mengekalkan kadar OPR pada 3.0 peratus.

Menurut MPC BNM, pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari terus menyokong pertumbuhan ekonomi dan konsisten dengan penilaian semasa berhubung dengan prospek pertumbuhan dan inflasi.

Pada 6 Julai lalu, MPC BNM mengumumkan OPR kekal pada 3.0 peratus selepas kenaikan pertama tahun ini dilakukan pada Mei, meningkat 25 mata daripada 2.75 peratus pada Januari dan Mac lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI