fbpx

Orang muda kalih, PN boleh menang di Pulai – Shahidan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHAHIDAN berucap sempena program Ceramah Kelompok sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai di pekarangan Pejabat Pas Pulai, Tampoi Indah, malam tadi.

JOHOR BAHRU – Perikatan Nasional (PN) yakin akan membolot undi oleh pengundi muda pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Pulai, esok setelah golongan itu menolak Kerajaan Perpaduan yang semakin celaru hari ini.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, ini susulan pelbagai isu rakyat yang gagal diselesaikan kerajaan hari ini seperti kekurangan bekalan beras tempatan, kos sara hidup tinggi, harga barang naik dan sebagainya.

Beliau berkata, bukan sahaja pengundi muda yang akan memberi sokongan kepada PN, malah ahli UMNO juga akan memberi undi kepada gabungan itu setelah hilang kepercayaan terhadap UMNO apabila bergabung dengan Pakatan Harapan (PH).

“Perjuangan UMNO hari ini sudah menyimpang, tak sama seperti dahulu. Pengundi di Johor ketika ini menolak kerjasama yang membabitkan DAP, tambahan pula bukan calon mereka yang bertanding di pada PRK ini.

“Jadi, penyokong UMNO akan buat undi protes, kalau orang UMNO ‘swing’ sokong PN, kita akan boleh menang di Pulai dan Simpang Jeram. Ini adalah cara untuk orang UMNO ajar mereka dengan menyokong PN.

“Di Simpang Jeram, orang muda di sana menyatakan sokongan kepada PN, termasuklah orang UMNO walaupun mereka tidak berani tunjuk muka. Di sini pun sama, kalau pengundi muda Kalih, kita akan menang di Pulai,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena program Ceramah Kelompok sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai di pekarangan Pejabat Pas Pulai, Tampoi Indah, malam tadi.

Mengulas lanjut, Shahidan yang juga bekas Menteri Besar Perlis itu berkata, tahap sokongan rakyat kepada PN semakin baik sejak Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sehinggalah ia diterjemahkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, bulan lalu.

Beliau berkata, gelombang itu dirasai ketikanya bertanding atas tiket PN meraih 31,458 undi menewaskan calon BN, Datuk Rozabil Abd. Rahman (8,242 undi) dan Fathin Amelina daripada PH (7,089 undi).

“Saya jangka menang 3,000 atau 4,000 sahaja, tapi pada ketika ramai orang muda ramai balik mengundi bagi saya kemenangan dengan majoriti sebanyak 23,216 undi. Gelombang rakyat pada ketika itu cukup dahsyat.

“Saya tahu pengundi muda di sini termasuk orang UMNO juga sudah tidak sabar, menggigil tangan nak pangkah BN. Sokonglah PN untuk kita mengajar mereka (PH-BN) ini,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI