PETALING JAYA – Bekas penyampai radio terkenal Singapura, Nur Hafiza Osman, tidak dapat menahan sebak apabila dihadiahkan pakej umrah sempena hari kelahiran ke 41 oleh kawan baiknya.
Lebih dikenali sebagai Miss Fiza O, wanita tersebut berkongsi dalam satu hantaran di TikTok, kawan baiknya telah membuat perancangan awal terlebih dahulu dengan kerjasama suaminya.
“Baiklah Fiza, ini hadiah awal hari jadi kami untuk awak. Kami semua telah berhubung dengan dengan KC (suami Fiza) untuk hari lahir awak pada 12 September. Kami semua telah menempah perjalanan umrah untuk awak,” tambahnya.
Jelas pensohor kandungan itu, dia tidak menyangka akan mendapat kejutan tersebut kerana mereka berkumpul untuk makan malam bagi menyambut hari kelahiran rakannya yang lahir pada bulan Julai.
“Ia adalah makan malam hari jadi untuk gadis Julai, dan kami semua mengambil gambar dan ketawa, apabila pengumuman mengejut ini muncul. Saya terkejut kerana hari lahir saya hanya pada bulan September,” katanya.
Fiza telah berlepas bagi mengerjakan umrah pada 6 September lalu dan bakal meninggalkan Mekkah ke Madinah pada hari lahirnya nanti iaitu 12 September.
Perkongsian tersebut telah meraih perhatian ramai selain ada yang memuji nilai persahabatan yang ditonjolkan mereka.
“Saya menangis kegembiraan kerana awak diberkati dengan kawan seperti ini. Semoga Allah memberkati kalian semua untuk diberi peluang mengerjakan umrah pada satu hari nanti,” tulis Zira Ul Haq.
“Masha Allah, menitis air mata Umi, sesungguhnya kamu mempunyai sahabat yang bak, semoga hingga je Jannah persahabatannya, amin,” titip Umi Shena. – KOSMO! ONLINE