fbpx

Richiamo Mart cabang baru perniagaan Richiamo Coffee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Zamry (kiri) ketika majlis Malam Anugerah Richiamo 2023, di Port Dickson, semalam. Foto oleh MOHD SHAHJEHAN MAAMIN/KOSMO!

PORT DICKSON – Richiamo Coffee akan memperkenalkan cabang baru perniagaan dengan konsep kedai serbaneka dengan nama Richiamo Mart.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulannya, Muhammad Zamry Abu Samah, Richiamo Coffee akan memperkenalkan cabang perniagaan baharu itu tidak lama lagi.

Katanya, beberapa pemilik Richiamo Coffee sudah menunjukkan minat dan ada dalam perancangan untuk membuka Richiamo Mart.

“Richiamo Mart menggunakan konsep yang sama seperti Family Mart atau CU. Insya Allah jika dizinkan Allah jenama Richiamo in akan berkembang dari semasa ke semasa dan bukan terhad kepada perniagaan kopi atau kafe semata-mata nanti,” katanya ketika majlis Malam Anugerah Richiamo 2023 di sini semalam.

Tambahnya, Richiamo Coffee bermula pada tahun 2016 dan sehingga kini sudah mempunyai hampir 150 cawangan beroperasi di seluruh negara.

“Ketika ini Richiamo mempunyai satu cawangan menembusi pasaran antarabangsa iaitu di Siem Reap, Kemboja. Kami juga akan ke Mekah dan Madinah untuk meninjau keadaan pasaran pada bulan November atau Disember ini,” tambahnya.

Jelasnya, perancangan Richiamo Coffee bukan setakat apa yang dilihat ketika ini.

“Kami setiap masa berusaha untuk mempelbagaikan menu-menu dan juga produk-produk agar selari dengan permintaan pasaran semasa,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI