fbpx

Gadis beri syarat tiada kawan baik lain jantina kepada kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aldisert mengenakan syarat ketat kepada kekasihnya. - Foto Instagram/@giaaldisert.re

LONDON – Seorang teman wanita menyenaraikan 10 peraturan kontroversi yang dia dan teman lelakinya perlu patuhi selama enam tahun bagi memastikan hubungan mereka bahagia serta berkekalan, lapor portal berita MailOnline semalam.

Gia Aldisert, 21, dari Los Angeles mendedahkan senarai itu sehingga mencetuskan perdebatan antara netizen yang menganggap peraturan itu wajar,  manakala  sebilangan lagi menyifatkannya terlalu ketat.

Peraturan itu termasuk tidak boleh menjadi pengikut model seksi di laman Instagram, mengetahui kata laluan telefon bimbit satu sama lain dan tidak mempunyai kawan baik berlainan jantina.

Aldisert yang merupakan ejen hartanah mengulangi beberapa kali dalam klip video di TikTok bahawa dia dan teman lelakinya saling mempercayai dan mereka berdua perlu menghidupkan ciri lokasi pada  telefon masing-masing setiap masa atas sebab keselamatan.

Teman lelakinya itu juga tidak dibenarkan menghadiri mana-mana kelab bogel.

“Saya  tidak faham kenapa seorang lelaki dengan kawan wanita pergi ke kelab bogel. Ia adalah sekumpulan gadis menari di depannya dalam keadaan bogel,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI