fbpx

Belum masa buat skuad B-23 untuk berpesta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBAHAGIAN daripada aksi skuad B-23 kebangsaan ketika menewaskan Bangladesh 2-0 dalam Kumpulan H kelayakan Piala Asia B-23 di Stadium Chonburi, kelmarin.

SUKA atau tidak, kemenangan 2-0 ke atas Bangladesh pada aksi pertama Kumpulan H kelayakan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B-23) di Stadium Chonburi, kelmarin meninggalkan ‘suatu amaran’ buat pengendali skuad negara, E. Elavarasan.

Selepas dipalit kecewa pada Sukan SEA dan Kejuaraan AFF B-23 sebelum ini, Elavarasan kini seakan tiada pilihan lain untuk menjulang pasukan bagi meraih satu daripada 16 slot yang akan layak ke pusingan akhir Piala Asia B-23 2024 di Qatar.

“Secara keseluruhan, kami bermain sebagai satu pasukan. Itu paling penting kerana pada babak pertama kedudukan masih lagi 0-0. Pasukan lawan bertahan dengan baik, namun kami tetap mencuba untuk mendapatkan jaringan.

“Perlawanan yang sukar buat kami, begitu juga untuk mendapatkan jaringan. Paling penting kita perlu dapatkan tiga mata dan kini perlu alih tumpuan untuk hadapi perlawanan seterus­nya,” katanya.

Mengambil kira tempoh masa yang tinggal, jurulatih itu kini wajar bertindak pantas untuk menyiapkan skuad lebih baik bagi menghadapi baki dua perlawanan lagi yang dijangka lebih mencabar iaitu menentang Filipina, Sabtu ini dan tiga hari selepas itu bakal lengkapkan saingan ber­temu Thailand.

Skuad Gajah Perang kini sedang mendahului carta Kumpulan H selepas membelasah Fi­li­pina 5-0.

Pastinya aksi dengan Filipina bakal menjanjikan cabaran buat skuad negara yang harus memastikan kemenangan besar bagi mencerahkan peluang untuk layak sekurang-kurangnya sebagai empat pasukan tempat kedua kumpulan terbaik memandang­kan Thailand jadi calon pilihan untuk menjuarai kumpulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI