fbpx

Mahkamah: Tukang rumah mengaku curi duit tabung masjid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suhaidi (tengah) dibawa keluar dari kamar mahkamah selepas didakwa mencuri tabung masjid di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Seorang tukang rumah mengaku salah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mencuri duit tabung sebuah masjid di daerah ini, tiga bulan lalu.

Majistret Noor Mazrinie Mahmood menetapkan 26 September ini untuk menjatuhkan hukuman terhadap Suhaidi Abdul Hamid.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu didakwa mencuri duit tabung sebuah masjid pada pukul 9.15 malam, 27 Jun lalu.

Perbuatan itu disedari bendahari masjid yang mengesan kesan gam pada dua buah tabung masjid berkenaan sebelum memeriksa televisyen litar tertutup (CCTV).

Pemeriksaan rakaman CCTV mendapati ada imej lelaki didakwa Suhaidi mencuri duit tabung masjid sebelum beredar dengan menaiki sebuah motosikal.

Lelaki itu berjaya diberkas di ruang legar sebuah pasar raya di Kuala Nerus pada 3 Julai lalu.

Pegawai Pendakwa, Inspektor Khairi Mohamed Noor mengemukakan pendakwaan mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI