fbpx

Banduan wanita dicabul pesalah transgender

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengadu mendakwa bahawa dia tidak dilindungi secukupnya oleh kakitangan penjara di Fasiliti Pemulihan Edna Mahan untuk Wanita. – Getty Images

TRENTON, NEW JERSEY – Seorang banduan wanita di sebuah penjara di negeri New Jersey mendakwa  bahawa dia diserang secara seksual oleh banduan transgender yang memiliki alat sulit lelaki, lapor laman berita RT semalam.

Pengadu yang identitinya tidak didedahkan  menuduh Jabatan Pemulihan Negeri  gagal bertindak bagi melindungi banduan wanita.

Tuntutan undang-undang yang difailkan di sebuah mahkamah akhir bulan lalu itu menyatakan, pengadu tidak dilindungi secukupnya oleh kakitangan penjara di Fasiliti Pemulihan Edna Mahan untuk Wanita.

Tambahnya, populasi penjara itu termasuk banduan transgender yang bertindak agresif secara seksual.

Ujarnya, beberapa aduan telah dibuat mengenai ‘tingkah laku mengganggu transgender’ dengan  kebanyakan mereka, memiliki alat sulit  lelaki yang berfungsi sepenuhnya.

Pihak penjara bagaimanapun tidak memberikan sebarang ulasan mengenai saman itu.

Banduan transgender itu telah dipindahkan ke penjara lelaki, lapor laman berita tempatan, My Central Jersey. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI