fbpx

Penjawat awam, pesara Kerajaan Negeri Kelantan terima insentif RM300

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Nassuruddin (kanan) semasa berucap pada Majlis Amanat Menteri Besar di Kompleks Kota Darul Naim, Kota Bharu hari ini.

KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud mengumumkan pemberian Bantuan Khas Penghargaan Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan Negeri Kelantan 2023 berjumlah RM300.

Menurut Mohd. Nassuruddin, bayaran insentif itu turut diberikan kepada pegawai-pegawai lantikan politik sebagai penghargaan atas komitmen mereka sepanjang berkhidmat dengan kerajaan negeri.

“Selain itu, ahli-ahli majlis, penghulu halaqat, penyelaras teknologi komunikasi dan makmumat (ICT) Dewan Undangan Negeri (DUN), guru pondok, guru al-Quran dan guru jahitan turut menerima bayaran insentif tersebut.

“Saya amat menghormati pengorbanan, curahan jasa termasuk kualiti khidmat yang diberikan oleh penjawat awam yang akan menjadi kayu ukur kepada kejayaan negeri dan rakyat Kelantan,” katanya semasa berucap pada Majlis Amanat Menteri Besar di Kompleks Kota Darul Naim, di sini hari ini.

Terdahulu, Mohd. Nassuruddin mengingatkan kepada kesemua pimpinan kerajaan negeri dan ketua-ketua jabatan bahawa jawatan yang diberikan kepada mereka adalah sebahagian daripada ujian daripada Allah SWT.

“Sekiranya tidak baik kerja kita buat, Allah SWT beri amaran bahawa amat cepat azab seksaannya. Sekiranya baik, Allah SWT menjanjikan keampunan dan kasihan belasNya kepada kita semua.

“Insya-Allah setiap permasalahan ada jalan penyelesaian. Bermesyuaratlah agar segala pandangan dan cadangan daripada semua pihak perlu kita bawa ke tengah,” uajrnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI