fbpx

SPRM kemuka 10 resolusi hasil persidangan kepada kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SEPANG – Sebanyak 10 resolusi berjaya dimuktamadkan pada Persidangan Penyelidikan Governans, Intergriti dan Antirasuah 2023 anjuran Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengerusi persidangan yang juga Pengarah Bahagian Perancangan Governans Nasional (BPGN), Datuk Abd. Aziz Aban berkata, kesemua resolusi itu akan diteliti dan dipertimbangkan oleh kerajaan.

Beliau berkata, resolusi pertama yang dikemukakan adalah kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) supaya dapat mengguna pakai ‘Instrumen Index Scoring’ yang dibangunkan dalam mengukur tahap berkecuali dan kesaksamaan dalam kalangan penjawat awam.

“Resolusi kedua adalah memperkukuh dan menyelaraskan kawalan sempadan di semua pintu masuk negara bagi mengelakkan sebarang ancaman dan ketirisan hasil negara.

“Resolusi ketiga pula adalah merealisasikan penggubalan Rang Undang-Undang Perolehan Kerajaan dalam mengawal selia urusan perolehan bagi mengelakkan ketirisan dan memastikan kebertanggungjawaban semua pihak.

“Seterusnya, resolusi keempat adalah meminda Akta Kerja 1955 (Akta 265) untuk merangkumi keperluan mengawal selia sektor tidak formal; dan mewujudkan entiti khusus yang mengawal selia sektor tidak formal,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Katanya, resolusi kelima ialah memastikan tata kelola baik di entiti yang mempunyai kepentingan kerajaan dengan mewujudkan suatu definisi yang jelas berhubung Syarikat Milik Kerajaan-(SOE) dan mewujudkan perundangan khas bagi mengawalselia entiti berkepentingan milik kerajaan.

Abd. Aziz berkata, resolusi keenam pula adalah mempertingkatkan pendidikan dan hebahan kepada masyarakat awam berhubung tatacara dan peraturan penguatkuasaan agensi-agensi pengangkutan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI