fbpx

NX3, Smilegate bakal melabur di Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fahmi ketika mengadakan perbincangan dengan syarikat permainan video terkemuka, NX3 berhubung pelaburan digital di Malaysia hari ini.

PETALING JAYA – Malaysia sedang mengadakan perbincangan dengan dua syarikat permainan video terkemuka di Korea Selatan, NX3 dan Smilegate berhubung pelaburan digital di negara ini.

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil berkata, beliau telah pun mengadakan pertemuan dengan
Ketua Pegawai Eksekutif Smilegate, Sung Joon Ho dan Ketua Pegawai Eksekutif NX3, Henry Choi hari ini.

“Alhamdulillah satu lagi potensi pelaburan ekonomi digital diterima. Kali ini daripada syarikat permainan video Korea Selatan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.

Fahmi menjelaskan, dalam pertemuan dengan NX3, kedua-dua pihak berbincang bagaimana Malaysia boleh menjadi negara pilihan untuk NX3 mengembangkan perniagaan mereka.

Menurut beliau, NX3 setakat ini hanya melebarkan perniagaan ke Amerika Syarikat dan Malaysia bakal menjadi negara kedua yang dipilih sebagai destinasi pelaburan mereka.

“Tiga unit akan menjadi fokus mereka di Malaysia iaitu unit penerbitan permainan, unit penyelidikan dan pembangunan, serta unit rekaan kandungan.

“NX3 turut beri komitmen untuk sertai program “Level Up KL” anjuran Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Oktober ini untuk menunjukkan komitmen kerjasama,” katanya.

Kata beliau, Smilegate yang terkenal dengan permainan Crossfire turut dipelawa memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan bagi mengembangkan perniagaan mereka.

Jelas beliau, Smilegate mempunyai hubungan kerjasama yang kukuh dengan MDEC dan turut bertemu ketika Game Developers Conference 2023 baru-baru ini.

“Insya-Allah usahasama ini akan diteruskan bagi melonjakkan lagi sektor ekonomi digital di Malaysia,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI