fbpx

Parti Muda yang langgar garisan merah – Mohd. Puad

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Puad.

PETALING JAYA – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) yang langgar garisan merah,” kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd. Puad Zarkashi.

Menurut beliau, parti Muda tidak perlu beri amaran untuk tarik sokongan kepada kerajaan atau turun ke jalan berikutan keputusan mahkamah terhadap Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Tarik sahaja sokongan kalau Muda anak jantan tulen. Lagi pun Muda secara tidak rasmi sudah keluar Kerajaan Perpaduan.

“Muda tanding solo di Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri. Semua hilang deposit. Muda yang langgar “Red Line”,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Muda mendakwa keputusan melepaskan tanpa bebas terhadap Ahmad Zahid menunjukkan kerajaan seolah-olah tidak memperjuangkan isu salah guna kuasa dan rasuah.

Pemimpinnya mendakwa garisan merah sudah dilangkaui dan parti itu tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas termasuk membabitkan kedudukan Muda dalam kerajaan.

Muda turut mengancam menggerakkan kempen ‘Dakwa Zahid’ jika tiada sebarang penjelasan tuntas berhubung keputusan berkenaan.

Mohd. Puad menegaskan, Muda tidak perlu jadikan kes Ahmad Zahid sebagai ugutan diterima masuk Pakatan Harapan (PH) sedangkan parti itu malas membaca 11 penjelasan pendakwa raya.

“Daripada ugut kerajaan hilang majoriti dua pertiga elok Presiden Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kosongkan kerusi. Bolehkah Muar dan Puteri Wangsa menang tanpa sokongan PH? Pasti tidak berani. Cuma mengugut,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI