fbpx

Pesara Polis Hutan terkenang angkat dua rakan maut dibedil komunis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hassan (kanan) menceritakan pengalaman bertempur dengan komunis kepada Mohamad Ismail semasa Program Ziarah Bulan Kemerdekaan di Bachok hari ini. - Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI / KOSMO!

BACHOK – Seorang bekas anggota Pasukan Polis Hutan (PPH) masih mengingati peristiwa bertempur dengan komunis sehingga dua rakan karibnya terkorban di depan mata semasa operasi di kawasan Hutan Lambun dekat sini kira-kira 48 tahun lalu.

Hassan@Yusoff Jaafar, 76, berkata, dua rakannya yang dikenali Mat Yassin dan Mat Yusoff itu maut semasa dia bersama-sama 30 anggota menaiki kenderaan sebelum bertembung komunis.

Menurutnya, anggota komunis kemudiannya melepas tembakan bertubi-tubi ke arah kenderaan PPH sebelum terkena dua rakan setugasnya.

“Dua rakan saya terkorban di lokasi kejadian. Melihat kekuatan kami yang semakin lumpuh, anggota komunis datang merampas senjata anggota PPH sebelum mereka melarikan diri.

“Saya bersama anggota lain terus mengangkat dua rakan yang berlumuran darah ke dalam kenderaan sebelum mereka dibawa keluar dari kawasan hutan,” katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di pekan Bachok di sini hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Daerah Bachok, Superintendan Mohamad Ismail Jamaluddin bersama rombongan dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bachok menziarahi tiga pesara polis di daerah ini sempena sambutan Bulan Kemerdekaan.

Pada program ziarah itu, Mohamad Ismail turut menyampaikan cenderahati dan sumbangan kepada tiga pesara PPH iaitu Hassan, Mohd. Yusoff Shahrun, 75, dan Zainuddin Ismail,71.

Bercerita lanjut, Hassan yang mula berkhidmat sebagai anggota PPH dengan pangkat konstabel pada 1969 berhenti 13 tahun kemudian selepas trauma dengan kejadian yang menimpa dua rakannya yang maut di depan mata. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI