fbpx

Euro 2024: Keinginan Ronaldo masih memuncak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RONALDO mahu membantu Portugal meraih dua kemenangan pada aksi kelayakan kali ini untuk mengesahkan tempat mereka pada pusingan akhir Euro 2024. - AFP

LISBON – Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo masih dahagakan kejayaan bersama Selecao selepas dia menjadi pemain Al-Nassr pertama yang pernah menjaringkan 850 gol sepanjang karier bola sepak.

Dia yang juga legenda Real Madrid menegaskan bersedia untuk membantu pasukan itu mencatat kemenangan menjelang aksi Kumpulan J kelayakan Euro 2024 menentang Slovakia di Stadium Tehelne Pole awal pagi esok.

Perlawanan itu dianggap cukup penting bagi memastikan Portugal terus mendahului saingan peringkat kumpulan tersebut memandangkan mereka hanya memiliki kelebihan dua mata ke atas Slovakia di tangga kedua.

“Saya mahukan lebih lagi. Selagi saya boleh bermain, saya mahu letakkan penanda aras yang cukup tinggi dan menjadi pemain contoh kepada generasi akan datang, itu perkara paling penting.

“Saya juga mahu membantu Portugal untuk menang dua aksi kelayakan ini. Bagi saya, jika kami menang, secara praktikalnya Portugal akan mengesahkan tempat ke pusingan akhir Euro 2024,” katanya.

Ketika ditanya mengenai perseteruan dengan bintang Argentina, Lionel Messi, Ronaldo menjelaskan, mereka berdua sentiasa menghormati antara satu sama lain selain menganggap mereka berjaya mengubah sejarah bola sepak.

“Saya sudah tidak nampak perkara itu, bagi saya perseteruan tersebut sudah berakhir. Kami ada jalan kami sendiri, jadi saya tidak mahu orang membenci Messi kerana kami berdua sudah ubah sejarah bola sepak dunia,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI