fbpx

Negara ASEAN perlu bekerjasama dalam bidang strategik – Anwar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-India ke-20 di Jakarta, Indonesia hari ini

PETALING JAYA – Malaysia berpendirian negara-negara ASEAN perlu membina kerjasama yang erat dalam pelbagai bidang strategik.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama itu boleh mempromosi pertumbuhan yang mampan dan inklusif di rantau ini.

“Ini nescaya boleh mempromosi pertumbuhan mampan dan inklusif seperti keterjaminan makanan, pertanian pintar, pembaharuan tenaga, kitaran ekonomi, inovasi fintech, dan perbankan digital,” katanya.

Anwar yang juga Menteri Kewangan menyatakan demikian pada Sidang Kemuncak ASEAN-India ke-20 di Jakarta, Indonesia hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI