fbpx

KPKT akan keluar garis panduan kiosk mesin layan diri perubatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kor Ming bercakap ketika sidang akhbar Penubuhan Majlis Ekonomi Sisa Pepejal di Putrajaya, hari ini. - Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

PUTRAJAYA – Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) menetapkan garis panduan sebelum meletakkan kiosk mesin layan diri perubatan di Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, pihaknya akan mendapatkan pandangan semua pihak termasuk daripada Persatuan Farmasi Malaysia dalam melaksanakan garis panduan itu.

Beliau berkata, pihaknya akan mendengar pandangan daripada persatuan itu selepas wujud kebimbangan termasuk risiko kes keracunan akibat penjualan ubat tanpa kawalan di kiosk itu.

“Kami akan jemput persatuan farmasi untuk beri pandangan kereka dalam menyediakan garis panduan berkenaan.

“KPKT kerja sebagai satu pasukan dan kita akan kerjasama dengan KKM (Kementerian Kesihatan) termasuk dengan semua pemegang taruh bagi mendapatkan idea bernas dan persepsi positif,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kebimbangan Persatuan Farmasi Malaysia berhubung risiko kes keracunan akibat penjualan ubat tanpa kawalan di kiosk berkenaan.

Sebelum ini, Presiden Persatuan Farmasi Malaysia, Amrahi Buang dilaporkan berkata, setiap ubat mempunyai risiko tersendiri jika tidak diambil dengan betul dan pengguna seharusnya memahami kesan sampingan itu.

Amrahi berkata, kerajaan juga perlu memantapkan garis panduan penjualan ubat di mesin layan diri di tempat awam bagi mengelak risiko berkenaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI