fbpx

Argentina tak berani ‘simpan’ Messi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MESSI akan terus berada dalam senarai skuad Argentina yang akan menentang Peru biarpun dia mengalami sedikit kecederaan. – AFP

LIMA – Jurulatih Argentina, Lio­nel Scaloni percaya kapten pasukan itu, Lionel Messi cergas sepenuhnya dan boleh diturunkan pada aksi kelayakan Piala Dunia menentang Peru di Stadium Nacional pagi esok.

Sebelum ini, bintang Barcelona itu dilaporkan tidak cergas selepas mengalami kecederaan pada buku lali, sekali gus menyebabkan peluangnya beraksi tipis.

Bagaimanapun, Scaloni menjelaskan, beliau akan menurunkan Messi pada perlawanan tersebut dalam usaha pasukan itu memastikan tempat ke pusingan akhir Piala Dunia 2022 di Qatar.

“Berhubung keadaan Leo (Messi), dia menjalani latihan seperti biasa bersama kami. Kelabnya ada beritahu dia rasa tidak selesa pada bahagian buku lali.

“Ia bukanlah kecederaan serius dan tidak menghalang Messi daripada beraksi. Bagi saya, dia memang berada dalam keadaan terbaik dan sedia untuk diturun­kan,” ujar Scaloni.

Mengulas mengenai pemilihan pemain pada perlawanan kali ini, pengendali berusia 42 tahun itu mengakui beberapa pemain utama tidak dapat beraksi kerana masih mengalami kecederaan.

“Secara jujur, ini bukanlah pasukan terbaik kami kerana ramai pemain yang tidak cergas. Bagaimanapun, saya cuba sediakan pasukan terbaik untuk berdepan Peru nanti,” tegasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI