fbpx

Pestabola Merdeka bakal meriah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG ramai hadir memeriahkan majlis Pelancaran Pestabola Merdeka di pusat beli-belah AEON Big, Wangsamaju baru-baru ini.

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) menjangkakan sambutan hangat bakal terus diberikan oleh peminat Harimau Malaya untuk memastikan jualan tiket Pestabola Merdeka pada bulan depan laris seperti ‘pisang go­reng panas’.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Noor Azman Rahman mengesahkan, fasa pertama jualan tiket ‘kombo’ yang dilakukan pihaknya sejak bulan lepas sebelum ber­akhir kelmarin telah terjual hampir 2,000 keping.

Kata Noor Azman, peminat bola sepak tanah air yang mahu menyaksikan perlawanan Pestabola Merdeka boleh terus mendapatkan tiket pada harga serendah RM5 hingga RM80 dengan jualan berasingan sudah mula dibuka semalam.

“Pada jualan fasa pertama yang kita buka untuk tiket kombo bagi semua empat perlawanan Pestabola Merdeka sudah pun berakhir pada Selasa lepas de­ngan kira-kira 2,000 keping tiket sudah terjual.

“Mungkin jualan peringkat awal tidak begitu memberangsangkan tetapi berdasarkan trend peminat bola sepak tempatan, mereka gemar untuk beli pada saat-saat akhir.

“Saya jangkakan sambutan menggalakkan terus diberikan sehingga hari perlawanan apabila tiket jualan berasingan sudah boleh didapatkan secara online hari ini (semalam),” katanya ketika dihubungi Kosmo!.

Mengulas lanjut, Noor Azman mengesahkan banyak aktiviti sampingan telah dirancang oleh badan induk bola sepak negara itu untuk memastikan kemeriahan Pestabola Merdeka edisi ke-42 itu dapat dirasai.

“Kita ada buat beberapa akti­viti berasingan sepanjang tempoh kejohanan yang berkonsepkan karnival seperti larian beramai-ramai, berbasikal dan aksi bola sepak peringkat cilik selain persahabatan bekas pemain kebangsaan,” katanya.

Saingan Pestabola Merdeka akan dilangsungkan pada 13 hingga 17 Oktober depan di Stadium Nasional Bukit Jalil melibatkan negara India, Palestin dan Taji­kistan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI