fbpx

England hilang tuah untuk terus mara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARRY Kane (kiri) memiliki beberapa peluang terbaik tetapi gagal disudahkan dengan sempurna ketika mereka tewas 0-2 kepada Belgium awal pagi semalam. – AFP

BRUSSELS – Pasukan England gagal melangkah ke pentas kejuaraan final Liga Negara-Negara Eropah selepas tewas 0-2 kepada Belgium pada aksi pe­ringkat Kumpulan B di Stadium King Power awal pagi semalam.

Pada perlawanan tersebut, skuad The Three Lions kendalian Gareth Southgate me­nguasai sebahagian besar aksi tetapi gagal menembusi kekebalan benteng tuan rumah yang diketuai oleh pertahanan berpengalaman, Jan Vertonghen.

Southgate berkata, pasukannya tidak berhak untuk tewas kepada Belgium tetapi nasib tidak menyebelahi pasukan apabila beberapa serangan yang dilakukan oleh anak-anak buahnya mudah dipatahkan benteng pasukan lawan.

“Kami tidak pernah suka menjadi pasukan yang kalah tetapi inilah lumrah bola sepak. Saya tidak boleh menyalahkan pemain kerana mereka telah memberikan yang terbaik de­ngan menguasai sebahagian besar perlawanan.

“Cuma, saya boleh katakan pasukan kami tidak bernasib baik apabila Belgium meraih dua gol awal yang mana me­nyaksikan mereka tampil lebih tenang untuk baki perlawanan dengan bermain tanpa sebarang tekanan.

“Beberapa pemain juga wajar diberi pujian dengan aksi yang cukup luar biasa dan konsisten terutama Jack Grealish. Namun, kehilangan Raheem Sterling dan Marcus Rashford yang mengalami kecederaan sebelum ini sedikit merencatkan perancangan pasukan,” katanya.

Sebagai rekod, England menduduki tempat ketiga pada kejuaraan final Liga Negara-Negara Eropah yang menyaksikan Portugal muncul juara buat pertama kali tahun lalu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI