fbpx

Singa terbiar 5 tahun di zoo dilepas ke hutan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ruben beransur pulih selepas diselamatkan dari kandangnya. - ADI / SWNS

YEREVAN, Armenia – Seekor singa jantan yang sekian lama ditinggalkan sendirian di sebuah zoo selepas pemiliknya meninggal dunia akhirnya dikembalikan ke habitat asalnya di hutan, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Singa bernama Ruben yang berusia kira-kira 15 tahun itu hidup terasing dalam kandang selama lima tahun dan tidak ditemani singa lain sepanjang tempoh tersebut. 

Semua haiwan lain dari zoo sama sebelum ini telah dipindahkan selepas pemilik dengan identiti tidak didedahkan itu meninggal dunia.

Sebuah badan amal dikenali sebagai Animal Defenders International (ADI) membawa Ruben sejauh 8,368 kilometer dari kandang konkrit di Armenia ke ladang Free State di Afrika Selatan di mana ia akan kekal di Santuari Hidupan Liar ADI.

Presiden ADI, Jen Creamer berkata, Ruben hidup dalam kesedihan sebelum ini  kerana tidak mampu bergaul dengan singa lain.

“Melihat ia berjalan di atas rumput buat kali pertama, mendengar bunyi ngauman serta pancaran matahari yang mengenai badannya, membuatkan kami semua menangis,” kata Creamer.

Disebabkan mengalami kekurangan zat makanan dan kurang bergerak ketika ditinggalkan di zoo, Ruben yang pada awalnya kelihatan goyah mula beransur pulih dalam tempoh singkat, manakala keadaan persekitaran memberi kesan kepada tingkah lakunya. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI