fbpx

Pasangan kekasih ditahan cuba provokasi anggota polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Tindakan sepasang kekasih cuba melakukan provokasi kepada anggota polis membawa padah apabila kedua-duanya ditahan dalam satu kejadian di sekitar Jalan Seksyen 21/36 di sini semalam.

Dua individu yang terdiri daripada seorang lelaki dan seorang wanita warga tempatan ditahan kira-kira pukul 12.10 tengah hari.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, sebelum kejadian, sepasukan anggota kereta peronda (MPV) telah terserempak dengan kedua-dua individu terbabit sedang menaiki motosikal dalam keadaan mencurigakan.

Katanya, anggota MPV kemudiannya menahan motosikal jenis Yamaha LC135 dinaiki suspek.

“Semasa pemeriksaan dilakukan, suspek lelaki berusia 27 tahun enggan menyerahkan lesen memandu dan cukai jalan ketika diminta oleh anggota.

“Suspek terus membuat provokasi dengan mengeluarkan kata-kata kesat berbaur hinaan serta mengugut anggota yang sedang menjalankan tugas,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Susulan kejadian itu, Ku Mashariman berkata, anggota telah bertindak menahan kedua-dua suspek.

“Semakan rekod mendapati, salah seorang suspek mempunyai satu rekod lampau di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan motosikal dinaiki suspek tidak mempunyai cukai jalan.

“Kedua-dua suspek kini direman selama tiga hari dan kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan,”jelasnya. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI