fbpx

Low tetap idam kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JERMAN hanya perlukan keputusan seri untuk mara tetapi Low mahu pasukannya mencatat kemenangan ke atas Sepanyol awal pagi esok. – AFP

LEIPZIG – Juara dunia empat kali, Jerman perlu mempamerkan aksi luar biasa jika mahu menewaskan Sepanyol pada aksi terakhir Kumpulan A4 Liga Negara-Negara Eropah di Estadio La Cartuja awal pagi esok.

Walaupun seri sudah memadai buat Jerman mara, namun ketua jurulatih pasukan itu, Joachim Low menggesa anak-anak buahnya agar meraih tiga mata ke atas Sepanyol bagi menjamin status sebagai juara Kumpulan A4 sekali gus mara ke pu­singan separuh akhir.

“Kami tidak akan menentang Sepanyol untuk satu mata. Kami tidak akan cuba pertahankan apa-apa kerana apa yang saya tahu, kami perlu menang ke atas Sepanyol,” katanya.

Kemenangan 3-1 ke atas Ukraine pada Sabtu lalu dilihat sebagai persembahan paling baik pernah dipamerkan Jerman pada tahun ini terutamanya selepas mencatat empat keputusan seri daripada enam perlawanan terakhir.

Ia secara tidak langsung meredakan tekanan dan kritikan terhadap pengendali berusia 60 tahun itu yang kini memasuki tahun ke-14 beliau mengendalikan Jerman sejak 2006.

Beliau pastinya mengharapkan penyudah tajam daripada trio serangan diketuai Timo Werner, Serge Gnabry dan Leroy Sane untuk merobek gawang gol Sepanyol awal pagi esok.

Dalam perkembangan sama, Jerman kembali menarik nafas lega apabila pemain tengah berpengaruh Real Madrid, Toni Kroos kini tamat menjalani penggantungan perlawanan dan dijangka bergandingan dengan bintang Bayern Munich, Leon Goretzka.

Sebagai rekod, Jerman kini mendahului carta Kumpulan A4 dengan sembilan mata, satu mengatasi Sepanyol di tangga kedua dan tiga terhadap pasukan tempat ketiga, Ukraine yang akan bertandang ke Switzerland dalam satu lagi aksi awal pagi esok. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI