fbpx

Anju beri amaran kepada kaki kikis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZARINA kini dilihat sudah berbaik semula dengan bekas tunangnya.

AGAK lama tak kedengaran kisah pelakon, Zarina Anjoulie yang kini dikhabarkan kembali rapat dengan bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Elzey.

Selepas berkongsi kemesraan seolah-olah memberi bayangan kasih mereka bertaut semula, aktres sensasi terbabit bagai memberi peringatan pula kepada seorang individu.

Individu yang disebutkan nama secara jelas menerusi hantaran dalam TikTok itu diberi amaran jangan lagi mengikis duit kekasihnya yang juga ahli perniagaan itu.

Dalam perkongsian tersebut, Zarina atau mesra disapa Anju bertegas mahu memaparkan segala perbuatan wanita dimaksudkan buat tatapan umum.

Tegasnya, mana-mana individu yang berangan mahu menjadi datin boleh melupakan hasrta sebegitu.

Begitupun, Anju tidak mengesahkan sama ada hubungannya dengan Khazrul sudah bertaut semula. Kalau betul apa salahnya.

Pasangan terbabit pernah mengikat tali pertunangan pada Januari lalu, namun mengambil keputusan untuk memutuskannya beberapa minggu kemudian.

Mizz Lahar – Simpati nasib sebuah kumpulan popular, buat konsert, bayarnya tidak!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI